Adapun tipuan serta ajakan syaitan terhadap manusia agar meninggalkan beribadah kepada Allah Taala ada 7 macam jalan;
1.
Syaitan melarang manusia, agar jangan taat kepada Allah. Orang-orang
yang dipelihara Allah, akan menolak ajakan itu dan akan berkata:
Aku
sangat memerlukan sekali kepada pahala dari Allah, kerana aku harus
mempunyai bekal dari dunia untuk akhirat yang kekal abadi.
2.
Bila pujukan pertama tidak berhasil, maka syaitan mengajak manusia untuk
mengakhiri taat; nanti saja atau kalau sudah tua, dan sebagainya.
Orang-orang yang terpelihara akan menolak ajakan itu dan akan berkata:
Ajalku
bukan pada tanganku; jika aku menunda-nunda amal hari ini untuk esok,
maka amal hari esok bila akan aku kerjakan, padahal tiap-tiap hari dan
waktu mempunyai amal tersendiri dan hak hukum waktunya.
3.
Kadang-kadang syaitan akan mendorong manusia supaya terburu-buru
mengerjakan amal baik dengan amat segera dan katanya: Ayuh' cepat-cepat
beramal supaya engkau dapat memburu lagi amal lainnya. Orang-orang yang
selamat tentu menolak dan berkata:
Amal yang sedikit tapi sempurna
lebih baik daripada amal banyak tetapi tidak sempurna. Dalam hal Nabi
Muhammad SAW. pernah bersabda dengan maksud:
"Tergopoh-gopoh itu pembawaan dari syaitan, kecuali dalam lima perkara;
1. Mengkahwinkan anak perawan jika telah sampai waktunya.
2. Membayar hutang jika sudah sampai janjinya.
3. Menguruskan mayat bila datang ajalnya.
4. Menghormati tetamu di kala ia datang bertandang.
5. Bertaubat setelah mengerjakan dosa.
4.
Syaitan itu lalu menyuruh manusia supaya mengerjakan amal baik dengan
sempurna sebab kalau tidak sempurna nanti dicela oleh orang lain.
Orang-orang yang terpelihara tentu menolaknya dan akan berkata;
Untuk
saya cukup dinilai oleh Allah sahaja dan tidak ada faedahnya beramal
kerana manusia. Ini adalah isyarat supaya manusia Riya' dalam amalnya.
5.
Setelah itu syaitan menancapkan perasaan dalam hati orang yang beramal
dengan mengatakan; Betapa tingginya darjatmu dapat beramal sholeh dan
betapa pula cerdikmu dan kesempurnaanmu. Orang-orang yang baik akan
menjawab
bahawa semua keagungan dan kesempurnaann itu kepunyaan
Allah, bukan kekuatan atau kekuasaan aku. Allahlah yang memberi taufiq
kepadaku untuk mengerjakan amal yang Ia redhoi, dan memberikan ganjaran
yang besar dengan anugerah kurniaNya. Jika sekiranya tanpa kurnia Allah,
maka apalah harganya amalku ini dibandingkan dengan banyaknya nikmat
Allah kepadaku, di samping dosaku yang banyak pula.
Tidak dapat
berkata-kata dan mengamalkan begini melainkan mereka yang mempunyai ilmu
pengetahuan tentang Ilmu Tasauf atau Ilmu Makrifat.
6. Setelah
jalan kelima gagal, maka syaitan mengajukan jalan yang keenam. Jalan ini
lebih hebat dari yang disebut tadi, dan tidak akan bisa selamat
terhadapnya kecuali orang yang cerdik dan hidup fikirannya. Syaitan itu
berkata, membisikkan di hati manusia: "Bersungguh-sungguhlah engkau
beramal dengan Sir, jangan diketahui oleh manusia sebab Allah jualah
yang akan menzhohirkan amalmu nanti terhadap manusia dan akan mengatakan
bahawa engkau adalah seorang hamba Allah yang ikhlas". Syaitan itu
mencampur-baurkan terhadap setiap orang yang beramal dengan amal
tipuannya yang lemah sekali. Dengan ucapannya itu, syaitan bermaksud
untuk memasukkan sebahagian daripada penyakit Riya'. Orang yang
terpelihara oleh Allah akan menolak ajakan syaitan itu dengan
mengatakan;
Hai Malaun (yang dilaknat) tiada henti-henti engkau
menggodakaku untuk merosakkan amal dan ibadatku dengan berbagai-bagai
jalan dan sekarang engkau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki
amalku, padahal maksudmu untuk merosakkannya. Aku ini hamba Allah dan
Allahlah jua yang menjadikan aku. Kalau Allah SWT. berkehendak
menzhohirkan amalku atau menyembunyikannya; dan kalau berkehendak
menjadikan aku mulia atau hina, ini adalah urusan Allah. Aku tidak
gelisah apakah amalku itu diperlihatkan oleh Allah kepada manusia atau
tidak kerana itu bukan urusan aku sebagai seorang hamba Allah.
7.
Setelah gagal syaitan itu menggoda dengan jalan keenam, maka ia
menggoda lagi dengan jalan ketujuh dengan mengatakan; "Hai
manusia..tidak perlu engkau menyusahkan dirimu untuk beramal ibadah,
kerana jika engkau telah ditetapkan oleh Allah pada masa azali dan
dijadikan makhluk yang bahagia, maka tidak menjadi mudorat apa-apa bagi
engkau untuk meninggalkan amal, engkau akan tetap menjadi seorang yang
bahagia. Sebaliknya jika engkau dikehendaki Allah menjadi orang yang
celaka, maka tidak ada gunanya lagi engkau beramal dan tetaplah engkau
celaka".Orang-orang yang terpelihara oleh Allah tentu akan menolak
godaan ini dengan mengatakan:
Aku ini seorang hamba,
berkewajipan menurut perintah Tuhanku. Tuhan Maha Mengetahui ,
menetapkan sekehendakNya dan berbuat apa saja yang dikehendakiNya.
Amalku tetap akan bermanfaat, walau bagaimanapun keadaanku. Jika aku
dijadikan seorang yang seorang yang berbahgia, aku tetap perlu beribadah
untuk menambah pahala, dan jika aku dijadikan seorang yang celaka, aku
tetap harus beramal ibadah, supaya tidak menjadi penyesalan bagi diriku
meninggalkan amal itu.
Jika sekiranya aku dimasukkan neraka,
padahal aku taat, aku lebih senang daripada jika dimasukkan neraka
kerana aku maksiat. Tetapi tidak akan demikian keadaannya kerana janji
Allah pasti terjadi dan sabdaNya pasti benar. Allah telah menjanjikan
kepada siapa yang beramal taat kepadaNya akan diberi ganjaran.
Siapa-siapa yang meninggal dunia dalam keadaan beriman dan taat kepada
Allah, tidak akan dimasukkan ke dalam neraka dan pasti akan dimasukkan
ke Syorga. Jadi masuknya, seseorang ke Syurga bukanlah kerana kekuatan
amalnya, tetapi kerana janji Allah semata yang pasti dan suci.
Oleh
kerana itu, sedarlah wahai hamba Allah, semoga Allah memberi rahmat
kepadamu, sesungguhnya urusan taat kepada Allah seperti yang engkau
lihat dan dengar bahawa banyak sekali godaan dan tipuan syaitan untuk
menggagalkannya. Qiyaslah segala urusan dan tingkah laku kepada keadaan
tersebut, dan bermohonlah pertolongan kepada Allah agar engkau
dilindungi dan dipelihara dari kejahatan syaitan ini, kerana sega
sesuatu benda di bawah kekuasaan Allah dan kepada Allah kita mohon
Taufiq untuk mendapatkan keridhoaanNya.
TIDAK ADA DAYA UNTUK
MENINGGALKAN MAKSIAT DAN TIDAK ADA KEKUATAN UNTUK MENGERJAKAN TAAT,
KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH YANG MAHA LUHUR DAN MAHA AGUNG
(Ilmu Warisan Leluhur)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar