Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan
yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu
masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk
menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam
sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata
Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk
diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata,
"Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai
penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari
satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika
Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba- tiba datang
malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail
dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim
a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau
menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana
kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi
Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s.
Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke
Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar
Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu,
yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan
saja.
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu
putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang
menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu
a'alam.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan
seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai
saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa.
Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan
dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad
supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah
Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab
apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya
engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W
menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."
(Ilmu Warisan Leluhur)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar