Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T
telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak
diberikan kepadaku:
1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah,
sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat
oleh Allah S.W.T.
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi
apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah
menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan
telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
3.
Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah
memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat
derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
4. Memang
benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku
dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W derhaka kepada Allah
akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah
S.A.W.
(Ilmu Warisan Leluhur)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar